dugaan demi dugaan

assalamualaikum semua sahabatku :)
apa khabar kalian disana ? sihat ke ? wawa disini alhamdulillah sihat . cuma tangan ni rasa sakit sikit kesan kene cucuk hari tu :( suntikan HPV . huhu , sakit woo ! maklumlaa , takot jarum . hee ! angkat tangan sapa sama dengan wawa sakit tangan sebab kene suntik . hehe . tak apa, biar sakit sekarang asalkan tak menderita di masa akan datang :) okeyy laa . wawa dah menyimpang jauh dah ni . back to our topic , kali ni wawa nak story pasal dugaan demi dugaan yang wawa kene tempuh sepanjang hidup di negeri orang .

wawa rasa dugaan yang wawa kene tempuh makin hari makin berat . sungguh ! hati ini meronta2 ! tuhan aje yang tahu apa yang wawa rasa saat ini . wawa cuma mampu kuatkan iman dan sentiasa berdoa pada Allah supaya wawa sentiasa kuat nak hadapi cabaran yang sangat besar . semenjak hidup sendiri ni , barulah wwa tahu macam mana rasanya nak manage kehidupan sendiri tanpa orang tua disisi . sangat sukar rupanya . segalanya kene putuskan sendiri . segalanya kene selesaikan sendiri . Ya Allah ! masa ni baru panggil mama and babah . nak mereka berdua sentiasa ada disisi mengawal segala gerak geri wawa . wawa rasa sangat tercabar bila tengok kehidupan kawan2 sekeliling wawa .

apa yang mereka buat , wawa rasa teringin sangat nak buat . bukan nak kata apa yang mereka buat tu tak baik , cuma wawa yang tak diajar melakukan perkara2 yang kawan2 wawa buat . lepak keluar , date dengan boyfriend , keluar bila rasa bosan . semua tu wawa rasa teringin sangat nak buat . tapi bila wawa sedar semua tu hasutan syaitan yang cuba merosakkan iman wawa , cepat2 wawa beristighfar . astaghfirullahalazim ! sepatutnya wawa bersyukur sebab wawa dikurniakan keidupan yang sebegini . wawa tak terlalu terbuka kepada dunia sosial . alhamdulillah . tapi , ye laa . dah nama pun wawa masih lagi berdarah remaja , jadi keinginan tu tetap ada . tengok orang berdating , timbul rasa teringin sangat nak dating . bukan tak pernah dating , cuma jarang sangat buat macam tu . maklumla , pasangan wawa berada nun jauh di Negeri Sembilan tu . mana nak jumpa . 2-3 bulan sekali baru jumpa . itupun hangkut bala tentera wawa iaitu adik2 wawa . so , mana datangnya dating ? hee ! alhamdulillah wawa dididik dengan cara yang betul .

tak dinafikan , wawa kerap kali mengadu dengan mama yang wawa teringin sangat nak buat apa yang kawan2 buat . tapi mama tak pernah jemu bagi nasihat perkara yang sama . and wawa pun macam tak pernah jemu pula kene ceramah dengan perkara yang sama . maklumlah , remaja . apa yang dia nak mesti dapatkan . am i right wahai sahabat remajaku ?? yes , wawa pun macam korang semua . rasa cemburu sangat tegok diorang yang sentiasa hang out bila ada masa lapang sedangkan wawa memerap di rumah seorang diri . haii , bosan tau . tapi , apa boleh buat . itu lebih baik untuk mengelakkan gejala2 sosial yang tak diingini .

selain daripada itu , hati ini juga diuji tahap kesetiaan wawa pada Amerul Asyraf . hati ni mula timbul rasa suka terhadap seseorang yang baru dikenali . tapi , cepat2 ditepis kerana tak mahu menimbulkan masalah . bukan nak kata yang Amerul Asyraf itu dah memang confirm suami wawa , cuma wawa tak nak terlalu memlilih dan berkawan dengan ramai lelaki takut satu hari nanti wawa akan di timpa satu masalah iaitu , CONFUSE . yes , wawa tak nak permainkan hati orang . cuma mampu berdoa pada Allah agar Allah temukan wawa dengan jodoh yang baik2 . yang mampu bimbing wawa , jadi imam wawa , jadi penjaga wawa . itu sahaja yang wawa minta .

mohon mama dengan babah sentiasa mendoakan anakmu yang berada jauh di perantauan ini agar diberi kekuatan iman dan semangat untuk meneruskan pelajaran disini . wawa akan cuba sehabis baik demi membalas jasa mama and babah , cikgu2 yang banyak mendidik wawa , saudara mara yang banyak bagi support buat wawa . insyaallah , wawa akan tamatkan pengajian diploma ini dengan jayanya khas buat kalian yang tecinta :) amin . insyaallah :)




Comments

Popular Posts