Allah Itu Maha Berkuasa ...

Assalamualaikum . haii sahabat-sahabatku semua :) rindu benar pada kalian . jari2 ni rasa sedih bila tak menaip sesuatu dalam blog ni . hati ini rasa berat bila tak berkongsi cerita dengan semua . entry kali ini wawa nak berkongsi cerita tentang seorang sahabat yang sangat rapat . teman tidur , teman gelak , teman menangis suatu masa dahulu . walaupun kami tidak lagi tinggal sebumbung untuk sem ini , tapi satu semester mengenali dia , buat wawa kagum sebenarnya dengan dia . bagi wawa , dia adalah seorang wanita yang sangat kuat . kalau wawa yang diberi ujian seperti mana dia lalui , tak mungkin wawa sekuat dan setabah dia .

3 hari lepas , wawa keluar dengan dia . wawa ada masalh , and rasa lebih senang bercerita dengan dia . then , dia bawak wawa pegi MCD . hee ! jangan jeles , kteorang date dua je kt MCD . bertemankan ice cream sundae strawberry kesukaan wawa and sundae chocolate kesukaan dia bersama twist fries . kami pun memulakan perbualan . wawa mula menceritakan masalah pada dia . sampai satu tahap , dia tiba2 tanya wawa " wa , tak nak tanya ke apa masalah aku hari tu ?? " . wawa pun jawab , "haa , memang nak tanya sebenarnya . eloklah hang dah bukak cerita tu . awatnya ?? " cehh , dok cakap loghat utara pulak . haha .
okey2 , serius . erm . lalu dia pun memulakan ceritanya .

selepas dia habis bercerita , timbul rasa kagum di dalam hati ini . betapa kuatnya hati gadis ini apabila dia kehilangan orang tersayang . dia seorang yang sukar untuk membuka hatinya buat lelaki . tetapi kehadiran lelaki itu membuatkan hatinya berbunga-bunga dan buatkan dia berasa masih ada yang menyayanginya dan mengambil berat pasalnya . namun , allah itu yang menentukan segalanya . pertemuan yang baru berusia
sebulan terhenti di situ apabila lelaki itu telahpun pergi buat selamanya . lelaki itu tidak pernah punya hubungan dengan mana-mana perempuan hanya kerana dia mencari insan yang bernama NUR ALIA DIYANA . mereka pernah kenal suatu masa dahulu , namun berpisah apabila lelaki itu berpindah ke Johor . sehinggalah mereka bertemu kembali pada bulan November yang lalu .

dari cerita dia , nampak yang lelaki itu benar-benar ikhlas denganya . tetapi , allah lebih menyayangi beliau . dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia . betapa terlukanya hati dia apabila terpakasa berhadapan dengan kehilangan orang tersayang sekali lagi . hatinya sudah cukup berdarah apabila dia kehilangan ibu sewaktu darjah enam dan kehilangan ayah sewaktu tingkatan 5 . dan kali ini , dia kehilangan seseorang yang dah mencuri hatinya . ALLAHUAKBAR ! tabahnya hatimu alia . wawa percaya , Allah sudah menentukan yang lebih buatmu alia . percayalah , apa yang berlaku dalam hidup alia , pasti ada hikmahnya . allah tak akan mengujinya hambanya jika hambanya tak kuat . allah tahu kekutanmu . bersabarlah wahai temanku :)

wawa kagum dengan dia . walaupun berbagai cabaran yang datang dalam hidupnya , namun dia tidak pernah berputus asa dalam hidup . dia seorang anak yang sangat kuat . teruskanlah perjuangan hidupmu walau apa sekalipun yang datang . jangan pernah berputus asa . Allah sentiasa bersama orang-orang yang beriman . wawa sebagai sahabat juga akan sedia mendengar masalah alia sekiranya memerlukan bahu untuk menangis . kita pernah tinggal sebilik walaupun sekejap . alia tetap sahabat wawa . walau dimana wawa berada :) wawa sentiasa doakan yang terbaik buat alia . bersabarlah NUR ALIA DIYANA :)




Comments

Popular Posts