RAYA 2017,KONVOKESYEN PUO, ANNIVERSARY 1ST YEAR

Assalamualaikum semua ! kembali mengaktifkan jari jemari yang dah lama sangat berehat. Hehe.
So, how are you guys? Sihat ke semua? Wawa alhamdulillah sihat. Byk sangat nk story ni, tak tau topic mana nk mula dulu. Erm. Rasanya nak mix 2 chapter story terus lah. Hahaha. Nampak tak punya nak ringkaskan cerita tahun 2017 ni. Silap2, bukan 2 chapter je ni, berchapter2 jadinya. Heee.

Wawa story start dengan raya tahun 2017 -> konvokesyen PUO -> Anniversarry 1 year.

Fuhh, semoga kuat semangat nak habiskan ni. Kalau takde yang baca sekali pun, wawa tetap nk simpan story kt sini. Kot2 nanti terlupa or saje nk throwback balik cerita lama, then I can open this blog. Heee.

Bismillah…

**RAYA 2017**

Alhamdulillah, tahun ni diberi kesempatan utk beraya bersama suami dan keluarga mertua. Perasaan dia mcm mana? Hmm.. rasa teruja sebab first time raya balik kampong. Hahaha. Kita xde kampung awak.  Kita balik bandara selama ni. Tak rasa feel raya sgt pon. So, trip perjalanan raya tahun ni, 2 hari sebelum raya wawa dan suami gerak balik rumah ibu dan ayah mertua di Ayer Keroh.
Perghh, dugaan nk kemas barang balik raya. Hahahaha. Ya allah, Han belum keluar lagi tu. Bawak barang mmg lebih kurg satu almari engko. Hahahah. Kete kita dah lah Viva je. Bonet mmg letak satu luggage full dah. Kita xtau lah bape dah beg hari tu. Baju raya mmg gantung sesiap xnk kedut sgt or rosak manik2 segalanya. Bawak lg bantal, tilam, selimut semua. Adududu, dh siap masuk brg dlm kete, tgk seat belakang, masyaallah. Hahaha. Penuhnyaa. So, smpai dkt Melaka kita tolong ibu buat lauk daging masak itam kalau xsilap before gerak balik Johor malam raya. Ibu kata tu lauk turun temurun keluarga kt Melaka. Dari arwah nenek, turun ke smua menantu perempuan, and now rasanya dh tiba masa kene belajar jgk kot masak lauk tu. Heee. Belum sempat nk mencuba. Tp sedap gila. Huhu. Ok, so dalam kul 6 mcm tu kteorg gerak dari Ayer Keroh ke Kota Tinggi. Keluarga belah ibu dekat sana. Tanjung Sedili. Seriously, kawin dengan Farhan baru tau nama tempat Tanjung Sedili. Hahaha. Siap research sejarah tempat tu. Sampai sana dalam kul 11 lebih dkt 12 jgk lah. Kteorg singgah rumah nenek malam tu, tolong sikit2 utk preparation raya esk, dalam kul 2 pg mcm tu baru check in chalet. Sbb dah ramai keluarga yg balik, so kita beralah lah cari tempat tido lain. Pagi2 raya, bangun siap2 semua. Lepastu ajak Farhan keluar pegi tepi pantai jap. Heee, sesi bermaafan yg paling drama sgt sebab tepi laut. Hahaha. For the first time mintak maaf di pagi raya dengan suami. Duit raya? Husband dh bg before raya, dia ckp buat lah beli apa2 nk pakai raya. Heeeee. Then bermaafan dgn family mertua plak. Then, baru pegi rumah nenek.  So, after makan apa semua, kita pon pegi lah jalan raya rumah saudara mara. First time ni nk jumpa nenek2 saudara. Huhu. Ada jgk pertanyaan pasal anak masa tu, tp kita jawab lah, dah ada hari tu, Cuma rezeki tak ada. Baby gugur. So diorg pon bg kata2 semangat supaya usaha lg. hahaha. Of course lah usaha lgi ok. Mana ada give up. Heeee.
Raya ke-2 tgh tu, wawa dan suami gerak utk beraya dgn keluarga belah wawa plak. Kteorg gerak ke Pahang. Huuuu, jauhnya weyh hoi dri hujung benua nk ke Pahang. Jalan mcm apa plak. Sampai rumah pakngah terus melepek laki bini. Baru dpt jumpa mama babah jgk masa tu. Esk pg, baru dan bersalaman, bergambar dgn keluarga sempurna. Now, I feel complete already. Ehhehe. Meneruskan expidisi raya, beraya rumah saudara mara and last sekali rumah mak andak. Raya ke-4 kita balik Setia Alam dah. Sbb cuti dah habis. Maka selesai lah cerita raya 2017.


Make up pagi raya by me 


My beloved family


My girls


My husband


My family in law



**KONVOKESYEN PUO 2017**

Selang seminggu lepas raya, kita pon pergi konvokesyen raya. Mak oi, koyak betul rasanya. Habis duit raya, habis kt konvo. Fuhhh, xpe lah, kita usaha lagi cari rezeki. Huhu. Tarikh konvo 11-12 July 2017. Wawa dgn suami dtg awal sehari since jubah pon xambik lg. kteorg tido hotel Hillcity dkt simpang pulai.  Lepas ambik jubah apa semua esknya, apa lgi, mulalah aktiviti photoshoot konvo.
Tak terbayang sebenarnya datang konvo dengan suami. Hehe. Masa photoshoot tu, suami lah photographer xberbayar tu. Hehe, jangan lah berkira dgn isteri eh sayang. Hadiah dah bg dah kan. Heee. Actually, masa konvo ni lah we got good news. Pagi before pegi poli, wawa buat urine test for pregnancy. Since dah lewat sehari, wawa mmg bawak 1 strip pregnancy test. So, pagi tu wawa test, at first line dia satu je keluar. Hampa jgk sebenarnya. Tp bia dlm bape minit, tgk2 blik, 2 line ! heee.
Alhamdulillah, tp line dia samar2 je. Xmcm Faliq dulu, mmg terang lg nyata nya. So, utk langkah berjaga2, wawa pon menjaga lah tiap langkah masa konvo tu. Xlasak sgt. Kalau tak, lincah mcm apa lg. huhu. Dapat 2 hadiah sekali tau. Konvo dapat, baby pon dapat. Haha. Alhamdulillah, syukur ya allah ats nikmatmu. Tak sia2 belajar 3 tahun yg penuh dugaan ni, hari ni kau kurniakan aku nikmat yg sgt besar. Terima kasih ya allah. Seronok dapat happykan mama babah. Impian diorg nk tgk anak diorg Berjaya, alhamdulillah berjaya tunaikan.  Walaupun tak setinggi org belajar Degree,Master,PHD semua, tp insyaallah, wawa akan cuba banggakan diorg dengan cara lain plak. Rezeki org, allah dh tentukan setiap sorg. Wawa bersyukur dgn apa yg allah kurniakan buat kita. Biarpun rezeki xbesar mana, tp bila kita bersyukur, allah cukupkan rezeki kita. Insyaallah.

So, balik dari konvo tu, wawa tak terus jumpa doctor pon. Sbb rasa still awal lg. klu pegi cek klinik takot kata negetif plak sbb still awal lg. wawa just jaga makan, jaga pergerakan. After 6 weeks beru pegi klinik, scan. And alhamdulillah, mummy nmpk heartbeat Han dah masa tu. Syukur ya allah. Walaupun trauma nk melepasi 1st trimester, tp wawa positifkan fikiran. Relax, tenang. Huhu. Mabuk jgk pregnant kali ni. Morning sickness agk teruk. 3 bulan tak masak. Mmg xtahan langsung bau masak. Nak makan pon xlalu. Menangis2 kt kedai makan sbb xlalu nk telan. Farhan lah byk bg support sepanjang bini dia mabuk teruk tu. Huhu.







**ANNIVERSARY YG PERTAMA**

Untuk anniversary yg pertama, xdpt nk smbut sgt. Sbb tgh morning sickness teruk. Hahaha. Masa tu baru 10 minggu xsilap. So, the day of anniversary tu 19 August 2017, tak tahu nk g mana, buat apa so kteorg decide pegi bukak buku mengandung. Hahaha. Sambut anniversary dkt hospital Umra, shah alam. Masa kt situ kita buat scan lg, and dh nmpk Han dah. Tp kecik lagi. So far normal semua. Alhamdulillah. Lepas habis kt hospital tu, kami pon pegi Aeon Shah alam je. Pegi makan chicken rice shop. Hahaha.  Dengan bajet yg suam2 kuku ni, maka xdpt lah kita nk berhoneymoon syg. Insyaallah, ada rezeki next year anniversary ke-2 kita bawak Han sekali ye holiday. Insyaallah, amin.
Lagipun masa tu still mabuk teruk. Mmg xdpt buat apa lah. Huhu.  Apa yang penting adalah doa kita suami isteri agar rumah tangga kita dirahmati, dilindungi allah. Dimurahkan rezeki dan diberkati rezekinya. Moga dengan kelahiran Han xlama lg dapat menguatkan lagi kasih syg kita dan terus kekal bersama hingga ke Jannah.


Utk suami tersayang,

“Terima abg sebab jadikan syg bidadari abg. Teman hidup abg. Pejam celik pejam celik dah setahun jadi isteri abg. Terima kasih sbb byk bantu syg dalam urusan rumah tangga. Rasa bertuah sgt dapat abg. Kalau kawin dgn org lain dulu, xtau lah dpt sebaik abg ke tidak. Hahaha. Gais, wawa mengaku kt sini, wawa kt rumah cuma masak je. Selain tu, kemas rumah, basuh kain, mop, vacuum, cuci toilet semua Farhan buat. Dia buat 10 kali perfect dri wawa. Hahaha. Klu wawa buat jp lg dia complain xbersih lah, xwangi lah, so haa, maka abg buatlah semua bg puasa hati tu. Hehehe. Terima kasih abg.
Kita byk lg belajar tentang rumah tangga ni. Harap abg tak pernah jemu nk terima kekurangan syg dari hari ke hari semakin terkeluar true colour masing2. Hahaha. Mcm mana abg seikhlas hati menerima kekurangan syg, mcm tu lah syg terima kekurangan abg. Almaklumlah, kita xbercinta sebelum ni, so byk bende yg kita tau lepas jd suami isteri. Harap abg dpt terima segalanya. Semoga kita dapat jadi Mummy and Walid yg terbaik buat Han. Amin. Love you husband. “


Sekian sahaja ringkasan cerita sepanjang bulan tak update ni. Alhamdulillah, now Han dah usia 27 weeks. Another 13 weeks to go before Han keluar. Tengah sibuk buat preparation for Han now. Disamping menjaga masalah kesihatan wawa sepanjang pregnant ni. Asthma yg makin teruk because of pregnancy. And masalah berat bdan jugak. Doctor kata baby kecik. Susah hati jgk ni. Xmintak jd gebu sgt, xmintak jd kecik sgt. Han cukup2 matang and besar pon mummy dh syukur dah syg. Yg penting sihat walafiat, sempurna sifatnya. Dijangka bersalin 18 Mac 2018. Doakan wawa and baby selamat kedua2 nya ye. Walid dia xsabar dh jumpa Han. Mummy apakan lg. hehe.


3 months


5 months


6 months


7 months

Mummy Han tunjuk sikit gambar sepanjang pregnant ni. 7 bulan baru nmpk perut. haha. 


Ok, sekian. Salam sayang semua.


Assalamualaikum.. 

Comments

Popular Posts