SABAR
Hai girls,selamat berpuasa. Puasa2
ni kita kenelah banyak bersabar. Besar mana pun dugaan kita, banyak bersabar. Ok,
mcm ni. Wawa terpanggil nak bercakap sikit pasal relationship. Sebelum tu maaf
ye,wawa bukan lah orang yg terlalu perfect in relationship, just nk kongsi apa
yg kita boleh betulkan dlm hubungan bg mengekalkan hubungan yang baik. Wawa sendiri
pun penah kecundang dalam hubungan yang dh 5 tahun usianya. Tapi kalau dah kata
bukan jodoh, terima lah apa saja ketentuanNya.
Sape yang penah bercinta lebih
dari 3 kali? Yang zaman2 sekolah couple 2-3 bulan tu xpyah kira lah. Yg serius
punya relationship. Let say kau dah bercinta dgn serius lebih dari 3 orang, dan
sepanjang 3 kali tu kau yg ditinggalkan, boleh tak duduk sejenak berfikir
kenapa hubungan kau xbolah nk pegi jauh? Betulke setiap kali perpisahan tu kita
yg dianiaya atau sebenarnya salah tu datang dari diri kita sendiri? Pernah tak?
Tak kan xpernah rasa sesuatu bila setiap kali hubungan yg kau bina berakhir
dengan terputus di tengah jalan.
“dimana lah kurangnya aku?”
“aku terlalu sensitif ke dalam
hubungan?”
“aku terlalu kurang ajar ke
dengan partner aku?”
“adakah aku dh cukup hormatkan
partner aku?”
If korang betul2 sayangkan
pasangan korang tu, jangan terlalu meletakkan semua salah pada dia sebaliknya
fikir kembali apa salah kita. Pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin kan.
Mungkin bende ni pada korang nampak mcm “eh, aku mana ada salah. Dia yang mmg
mcm tu. Gatal dgn betina lain. Apa lg aku xbagi, semua dh bagi tapi dia yang
mcm tu.”
One question,
“APA YANG KORANG AKAN LAKUKAN
SEKIRANYA PASANGAN KORANG TAK BAGI SEPERTI APA YANG KORANG HARAPKAN?”
Contoh,
Korang mengharapkan partner
korang ada masa utk call and whatsapp korang all the time. Walhal, partner
korang tu sbnrnya jenis yg lebih pentingkan masa study, masa dengan kawan2,
masa dengan aktiviti luar yg lain. Korang plak call 27 kali tak pernah
berjawab. And timbul lah rasa marah. Akhirnya bergaduh dan BERMAKI-MAKIAN. Partner
korg ? ok, bila dh mcm ni baru lah dia plak kembali call 27 kali dan sesi pujuk
memujuk berlaku. Bila ah settle pujuk memujuk kembali baik semula. Dan selang
seminggu kejadian yg sama berlaku. akhirnya benda td menjadi ulangan dalam
hubungan.
Kita plak dh mula give up dgn
bende mcm ni, mula mintak putuskan hubungan. If bukan korang yg mintak putuskan
hubungan, partner korang plak yg give up and mintak putuskan hubungan.
Ok, dari contoh dekat atas, pada
korang siapa yang salah???
Gais, we are 22 years old already
now. Come on, bende simple mcm tu jgn jdkan sebagai masalah.
Untuk perempuan: lelaki sifat dia
tak suka dikawal. Nak melayan korg 24 jam jgk itu bukan dia. Walaupun sebenarnya
dlm 24 jam tu, hanya 4 jam je yg dia busy selebihnya main game je. Nampak, game
tu yg lebih penting daripada contact kau. Yes. itu lelaki.
Untuk lelaki: perempuan ni sifat
dia sentiasa nak perhatian. Walaupun cuma baru 1 jam kau tak whatsapp dia, tapi
dia punya fikiran dah terbayang kau tgh makan popcorn dgn perempuan lain dlm
wayang.
Apa yang kita boleh buat dkt
sini, GIVE AND TAKE !
Perempuan !
Jangan nak mengada sangat asyik
nak bf korang layan je korang. Dia pon ada keje nk buat lah dari melayan korang
je. Lepastu, jgn nk cepat sgt naik meroyan bila bf kau tu buat perangai. Please,
jangan malukan kaum perempuan. Bila ada masalah dgn bf tu, settle down baik2. No
points pon kalau kau update media social bgtau semua orang yg bf korang ni tak
balas whatsapp. Yg whatsapp tak balas tu kau dgn bf kau, fikir orang lain nak
sgt ke tau masalah hubungan kau tu. Akhirnya, korang 2 jgk yg dapat malu.
Lelaki !
Bila sekali dh buat salah tu,
reti2 lah nak mengubah sikit2. Jangan lah ulang je bende yg sama. Lepastu bila
asyik gaduh bende yg sama, mulalah cari perempuan lain and jadikan reason utk
putuskan hubungan. “I xboleh go dah dgn you. Bila gaduh, you maki2 i. you
malukan i.” dah tau gf korang jenis mcm tu, reti2 lah jgk belajar mcm mana cara
dia klu rasa tak nak malu, tak nak kene maki.
Kesimpulan,
Sebenarnya, dua2 salah. Tak banyak
sikit pasti masalah tu berpunca dengan dua2 belah pihak. Jadi, jgnlah keep
salahkan orang tu. Buka mata, buka hati. Betulkan kelemahan diri. Keep private
all your problem. Kadang2 orang menyampah jgk baca status kita yg tak habis2
mengatakan partner kita je salah. Just cool ok. Jgn mudah melatah.
Macam mana nk bina rumah tangga
kalau masing2 xde sifat sabar. Kalau satu hari nanti rumah tangga kita dilanda
masalah, bergaduh tak kan isteri masih nak maki2 suami? Derhaka tau.
Nasihat sebagai seorang
perempuan,
Kita perempuan dh terkenal dgn
sifat lemah lembut. Walau kasar mcm mana sekali pun cara kau, tp sebenarnya
hati kau tetap lembut. Maka jadikan sabar sebagai sahabat. Tenang sebagai
peneman. Tolak ansur ok. Kawal marah.
Kalau dah heboh satu media
social, hmm.. lelaki lain pun lepasni takot dah nk try kita sbb takot kene
malukan jugak mcm ex bf kita.
Wawa bercakap based on my
experience.
Tak dinafikan wawa jgk antara
orang2 yg mcm ni satu masa dulu. But then, smpai satu masa, ada suara bisik kt
telinga, kau pun ada salah Najwa. Cuba fikir balik apa salah kau selama ni.
Mula dari situ perlahan2 cuba
ubah dari jenis yg panas baran jadi seorang yg cepat sejuk. Dari jenis yg suka
maki2 kepada orang yang menahan segala kata. Biar menangis sekali pon asalkan
wawa tak nak dilabelkan as perempuan yang kurang ajar dn tak reti hormat orang.
Kalau nak kawin, mohon belajar menahan diri dari maki pasangan anda. Kalau nak
kekal bahagia, belajar toleransi dlam hubungan.
Sekian,
Maafkan wawa andai ada yg
mengguris hati kalian.
Wawa doakan semoga semua sahabat
akan bahagia bersama dengan pasangan masing2.
Love,
Mystorylikearama.



Comments
Post a Comment
nak komen? silalah :)