End of 2016

Assalamualaikum semua.
sis muncul kembali setelah lama menyepi daripada last entry. maaf ler, sibuk dengan kerja yang tak sudah-sudah. dah buat, tambah lagi yang baru. huhuhu. kalau lah belajar tu dpt masuk duit macam masuk gaji setiap bulan, rasanya wawa rela lagi belajar. hehehe.

okey lah, back to our main topic, end of 2016. hari ni wawa nak story segala kejadian yang dah berlaku sepanjang tahun 2016 baik manis mahupun yang pahit. segalanya telahpun menjadi memori hidup wawa untuk tahun 2016.

Januari 2016

pada bulan januari yang lalu, wawa masih lagi di politeknik bagi menghabiskan semester akhir Diploma. sepanjang bulan tu wawa rasa tension ya amatnya nak siapkan FYP. dengan masalah hubungan yang masih tak selesai. penah satu tahap wawa rasa give up habis. tapi duduk kembali menghadap Allah, mengadu pada dia. alhamdulillah, Allah melegakan rasa yang tak senang tu.

Februari 2016

still melalui masalah yang sama. tension sekali lagi bila waktu segala assignment, test, quiz datang serentak. Allah, sungguh tak tertahan rasanya. sekali lagi kecundang. Menangis semahu2 nya. orang kata dugaan nak kawin memang macam tu. hahaha. ya allah, tak boleh stress dia. sampaikan mengadap nasi pon menangis walaupun mama babah ada depan mata haa. tak kira malu dah nak menangis. sambil suap nasi, sambil meleleh air mata. huhuhu.

March 2016

masa ni rasa tak sabar sangat dah sebab FYP dah siap just nak present je. then legaaaaaaa. haha.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan gred utk FYP A ! huhuhu. tapi masih berduka masa bulan ni sebab encik suami kita kemalangan. hukhukhuk. balik daripada jumpa kita pulak tu. kemalangan motor di highway. agak serius sehingga tulang siku tak dapat diselamatkan lagi dan memerlukan besi tambahan menggantikan tulang tersebut. bahagian tapak tangan juga turut patah sehingga jari tengah suami tidak lagi seperti normal. Alhamdulillah Allah masih memanjang kan umurnya walaupun cedera. Alhamdulillah jugak organ badan lain masih berfungsi dengan baik dan tangan yang patah itu jugak masih mampu untuk bergerak. sebaik sahaja mendapat tahu berita kemalangan dia iaitu sehari selepas kemalangan berlaku, wawa dah macam orang hape lagi dah, tak tentu arah dah. igt lagi masa tu dapat tahu pukul 12 tengah malam esoknya.bayangkan lah seharian lepas dia balik jumpa langsung tak dapat contact. otak ni mcm2 dah pikir. akhirnya apa yang tak diingini berlaku jugak. Allah, besar sungguh ujian Allah beri.

April 2016

yeayy !!! akhirnya Najwa Syazwani berjaya menghabiskan Diploma. selamat menduduki peperiksaan sehingga kertas terakhir. dan .... Selamat Tinggal Ipoh ! Im going back to my place. sedih weyh tinggalkan Ipoh. macam2 kenangan ada kat sana, kat sana lah wawa belajar menguruskan kehidupan sendiri tanpa keluarga disisi. dekat sana lah wawa jumpa jodoh jugak. hahahaha. kalau tak belajar kat Ipoh manakan jumpa encik suami yang sado ni. hahahaha. (sado ke bang??) dan tak lupa juga, 16 April 2016, wawa telahpun selamat bertunang dengan jejaka pujaan hati AKU SORANG. hahahha. tu lah namanya hikmah allah nak tunjuk. walaupun waktu tu tangan suami masih tergantung berkain anduh, tapi tak menghalang untuk kami mengikat tali pertunangan selama 4 bulan. Alhamdulillah.

May, Jun, Julai 2016

Sepanjang 3 bulan ni wawa melalui hari2 yang sama setiap hari. tak ada apa yang berbeza sangat. berbeza cuma bertukar status sebagai tunang orang. huhuhu. waktu ni wawa bekerja sebagai Admin Assistant cum Cashier dengan sebuah galeri perabot MajuHome. bekerja selama 3 bulan sahaja kerana pekerjaan yang waktu cuti tak menentu dan jugak gaji masuk lambat. hoii, orang raya esok, aku malam ni baru masuk gaji ! raya tak de baju raya kome tauu ! haaa, dah lah nk kumpul duit kawin. bertambah semput sis. Galeri perabot tu okey. korang boleh pegi. perabot semua lawa2, moden. tapi harga pon lawa lah. yang mana berada boleh lah pegi. tapi bab management tu yang korang sikit. maybe diorang kene improve. pertangah July, lepas je raya wawa dapat keje lain. Alhamdulillah. rezeki nak kawin maybe. dapat keje yang wawa keje sekarang ni. Confidential Admin Assistant di Harrisons Peninsular Sdn Bhd.

Ogos 2016

hihihi, bulan ni lah yang dinanti nantikan setelah melalui pelbagai ujian sepanjang pertunangan. setelah 4 bulan membuat segala persiapan perkahwinan, akhirnya pada 19 Ogos 2016 wawa telahpun sah bergelar isteri kepada Muhammad Farhan. nama suami saya Farhan. orang panggil Paan, tapi wawa tak penah suka panggil nama samaran Paan tu. Ibu bagi nama elok2, panggil full, Muhammad Farhan. hahaha. jangan gelak, memang wawa panggil mcm tu. bila marah panggil sekali dengan nama ayah. heheheh. hujung bulan ogos ni pulak wawa pindah ke rumah baru. alhamdulillah, akhirnya wawa mampu SEWA rumah dengan duit gaji sendiri. SEWA je dulu yang mampu. nanti kumpul duit beli rumah pulak. hehehe. thank you babah sebab banyak support wa sepanjang proses nak sewa rumah and support majlis kenduri kawin wa. terima kasih mama sebab bertungkus lumus memulas tenaga untuk menjayakan majli tu. terima semua yang telah banyak menyumbang untuk majlis perkahwinan wawa. semoga allah membalas jasa kalian.

September, Oktober 2016

Weeee, menjalani kehidupan sebagai suami isteri. huhuhu. yeahhh! secara fizikalnya teramat lah seronok hidup berumah tangga. hari2 dapat tengok muka orang tercinta. yer lah sebelum ni PJJ. mana ada dating hari2 mcm orang lain. never ok ! wawa tak pernah rasa bercinta dekat. so, bila dah kawin baru rasa dekat, dekat sangat. dia feel lain ok. pegi kerja pon rasa rindu. hahhaa. mengada haihh. hidup berumah tangga ni tak semudah yang kita fikir sebelum kawin. "lah, kahwin apa susah. laki depan mata, makan sama2, tgk wayang, dating. bestnyaaa." yaaa, tapi batinnya. haaaaa, masa ni baru kau tau suami atau isteri korang tu mcam mana. wawa dengan suami tak kenal lama pun. kteorg kenal 9 bulan je then kawin. so, xbyk benda yang wawa tau sangat pasal diri suami. makanan fav pon lepas 2 bulan kawin baru tau apa. huhuhu. apa yang penting, sebagai isteri kene bersabar dan jadilah penyejuk hati suami. tu yang wawa dapat belajar dalam perkahwinan yang berusia 4 bulan ni.

November, Disember 2016

Masih lagi melalui hari2 yang sama. hidup bersama suami tercinta. boleh pegi tgk wayang midnight. hehehe. rumah dekat dgn wayang pulak. selalu tgk wayang tak penah waktu siang dah sekarang ni. hahaha. ticket pukul 9.30 paling awal pon. lain 11.30 lah, 10 lebih lah. petang2 pegi jalan kat tasik dengan suami. malam masak untuk makan malam. makan sama2. pegi dobi sma2. basuh baju sebab rumah tak de mesih basuh lagi. ada pengering baju je tu pon sebab pakej dengan rumah. mula2 lalu lah encik suami dah basuh guna tangan, lepas sebulan baru sedar yang bini dia mmg suka pakai baju byk2 sehari. hehehe. sorry sayang. alhamdulillah, walaupun kewangan kami tak mewah, sekadar cukup2 itupun kadang2 tak berapa nak cukup, tapi masih bersyukur. sebab suami disisi dan keluarga tercinta sentiasa ada bersama. Terima kasih Allah.

Penutup tahun 2016 ni, segala azam wawa tertunai. apa yang perlu adalah mengekalkan segala apa yang tertunai dan perbaiki segala kekurangan. Insyaallah, untuk azam tahun baru wawa merancang untuk ada cahaya mata. masih dlam usaha. mungkin allah belum nak bagi lagi. doa2 kan yer semua agar wawa dpat menimang cahaya mata.pasangan mana yang tak nak anak. HAN. yes, itu permulaan untuk nama anak kami. hehehe. selalu cakap dengan suami tak sabar nak ada Han. mcam mana lah rupa Han. walaupun tak ada lagi dalam rahim ni, tapi selalu berangan. hahah. no, wawa cuma mahu sebut yang baik2. orang kata if kita sebut yang baik2, maka yang baik lah akan jadi. kan? amin. mudah-mudahan. semoga ekonomi kami suami isteri juga akan pertambah baik. mampu untuk membalas jasa kedua orang tua. insyaallah, akan berusaha kerja keras lepas ni.

Wallahua'lam..

sekian..

Wawa







Comments

Popular Posts