MYSTORYLIKEADRAMA CLIMAX CHAPTER PART 1

Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian. semenjak makin dewasa jarang teramat dah nak mengadap blog 24 jam macam masa sekolah dulu. maklumlah dulu tak banyak komitmen. pegi balik sekolah, siap homework dah xde benda nak buat. masa kat poli pun still byk masa lagi nak bersuka ria menghabiskan masa lapang. now, bila dah usia 21 tahun, komitmen semakin tinggi. nak kene fokus kerja. fokus target masa depan. fokus suami. ehh.. heee.

okey, jom mula berstory. tak sabar nak share dengan korang chapter story wawa seterusnya. ready dah semua ? hehehehe.

bismillah..

alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi, kerana mengurniakan satu nikmat yang tidak ternilai buat wawa seumur hidup ini. allah dah berikan wawa segalanya dalam hidup ini, apa lagi yang allah tak tunaikan. cuma hubungan diri sendiri dengan allah ni je yang masih byk nak diperbetulkan. moga wawa sempat untuk jadi yang tebaik disisiNya.

Pada tarikh 19.08.2016 wawa telahpun selamat diijab kabul kan bersama seorang lelaki yang sudah tertulis di Luh Mahfuz sana untuk menjadi suami dan pembimbing wawa, Muhammad Farhan Bin Mohd Fauzi. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNya.Tepat jam 5.30 petang wawa sah menjadi isteri buatnya. Allah, perasaan waktu tu, hanya Allah yang tahu. benar lah kata senior2 blogger yang mana dah kahwin tu, dia punya perasaan mcm tak tentu hala. sedih, gembira, takot aihhh. semua ada. bila tengok air muka babah yang nak nikahkan wawa rasa sayu plak. bila pandang mama yang duduk sebelah wawa sambil genggam erat tangan ini, terasa sebak sekali. namun, hati perempuan kan. rapuh. jatuh jua air mata mama tatkala imam mula membaca khutbah ringkas nikah. wawa cuba untuk tahan air mata yang dah bergenang. kawan masing2 dah warning "wa, kau jgn nangis dulu, habis make up" hahaha. teruk punya member. make up lagi penting dari hati rapuh aku ni. huhuhu. bila dengarnya perkataan "sah!" .....
fuhhhhhh, rasa mcm gugur segala beban. and automatik rasa nak nangis. but still tahan dulu air mata ni. tengok mama kt sebelah dah berlinang air mata. wawa still cover lagi walaupun lagi bape inci je air mata dah nak terkeluar dari kelopak mata. huhuhuhu.

selesai je semua, mulalah sesi batal air sembahyang. hikhikhik. malu kiteee. mengetor jugak lahh haa first time nak salam tangan SUAMI ok. hahaha. bila dah sentuh je tangan dia, fuhh, sejuk beno tangan tu bang. hahaha. neves ehhh. selesai salam, sarung cincin, ciom tangan suami, maka berakhir sudahlah. tak de ciom dahi pun. malu kt oghangg. hekhekhek. then, mulalah sesi bersalaman dengan ahli keluarga. haa, part ni, mmg tak tahan lah. bila salam mama, peluk mama. huaaaa, maaa, maafkan wa sebab syurga yang selama ni dibawah telapak kaki mama dah pun berpindah pada suami wa. maafkan wa selama 21 tahun wa hidup dibawah tanggungan mama babah wa tak dapat jadi anak yang baik dan sempurna seperti yang mama babah harapkan. tapi, walau apa pun, wa tetap anak mama babah. tak kan pernah berubah fakta tu sehingga akhir nafas wa. bila peluk babah plak, terus berlinang dah air mata ni. ya allah, tanggungjawab babah dah lepas. segala dosa2 wa dah berpindah bahu. maafkan wa sekiranya wa xmampu bagi yang tebaik buat babah. terima kasih atas segala pengorbanan yang babah dah buat sepanjang 21 tahun wa hidup. wa still boleh manja dengan babah kan? hukhkhuk, still jeles lah kalau eiqi manja2 lebih dgn babah. huhuhu. tak sama manja dengan suami. manja dengan babah lain. hehehe. terima kasih buat seluruh keluarga tercinta yang banyak menyumbang kewangan dan tenaga sepanjang majlis berlangsung.

masa lepas nikah, tetamu yang hadir dijemput untuk menjamu selera di khemah yang telah disusun dn dihias cantik di hadapan rumah wawa. makanan untuk petang tu plak telah dimasak oleh saudara mara dan jiran tetangga wawa. menu dia apa eh, lupa sebenarnya sebab pengantin ni pun xdpt makan sgt. kenyang dah dapat suami. hahaha. tak silap wawa bihun goreng kot. hahaha. teruknya xdpt ingat langsung dah apa menu petang tu. sbb wawa mmg xmakan langsung. kesian kan. huhuhu

bila malam pulak, lepas isyak wawa buat malam berinai plak. sebab ada extra tempah satu baju, maka buatlah untuk malam berinai. tak ada lah sanding beria sgt pun malam tu. just sesi bergambar je sebenarnya. huhu. malam tu pun ada buat jamuan makan jugak. yang wawa igt menu malam tu, ada gulai pisang, ikan patin, ikan goreng, sambal belacan, ulam, ikan masin, lepastu apa tah lagi. ramai jgk jiran tetangga yang datang malam tu. terima kasih semua. huhu. habis je malam tu maka bersiap sedia lah untuk majlis besar pada esok harinya plak. hekhekhek. malam tu settle semua pukul 11 lebih mcm tu. pengantin penat dah. tp baru perasan yg photobooth xsiap lagi. supposed plan photobooth tu adik wawa buat, tp dia plak tak sihat. dok muntah2 sepanjang hari. tak tau lah apa masalahnya. maka, wawa dan suami lah yang sempurnakan bende alah tu. pukul 1 baru siap. haihh, penatnya.

dan selesai lah kejadian pada tarikh 19.08.2016 bersamaan hari Jumaat.

cerita majlis persandingan akan bersambung part 2 nanti ok. lapar ni, nak makan. wawa share dulu gambar2 masa nikah yer. gambar masa kenduri wait and see ok. heeee. tata.







Comments

Popular Posts