my wishlist for my wedding

haiii uolsss ! okeyy hari ni nak story pasal wishlist wawa utk wedding nanti . hahahaha . hadoi ! sembang mcm taun depan nk kawinnya. hekhekhek ! tak lahh, nak kawin lambat lg. ada rezeki, maybe 3 tahun lg, belum ada rezeki maybe 5 tahun lg. lambat lg. tapi wawa suka berangan. and impian perkahwinan wawa tinggi sangat. sebab tu banyak nk kene nyimpannya. bukan nak yang terlalu gah, cuma mahukan yang sederhana tapi perfect. tujuan perkahwinan tu bukan utk menunjuk-nunjuk. cukup sekadar mengikut kemampuan. tak perlu sampai nak buat loan dkt bank, pinjam sana sini semata mata nak dptkan wedding yg grand. Wedding Of The Year lah kononnyaa. kau hengat kau tu Che Ta ke kak oii ? hahaha. lepas tu, for ibu ibu yang bakal terima menantu tu, tak kira belah perempaun or lelaki, tak perlulah nak bersaing dengan jiran jiran anda. tak dapat pape manfaat pon. malah memalukan diri sendiri lagi ada. serius talk. kita buat kenduri tu nak bg orang makan ryte. lebih kurang mcm bersedekah. so bila niat itu untuk menunjuk nunjuk, dah terpesong tu. igt allah bayar cash. jangan cakap besar or berlagak. 

minta maaf cakaplah, tapi wawa memang tak gemar dgn cara emak-emak yang saling berlumba nk buat kenduri kahwin anak yg grand grand. wahai ibu-ibu sekalian, kami yang bakal pengantin ni yang semput mikior duit nk keluor tau dok? kalau gaji kami sekadar 2500 sebulan, mana lah nk keja nyimpan sampai 50000 khas utk wedding yg grand semata-mata ? alamat andartu lah anak kau mak oi ! hehehe. macam wawa, memang wa dah cakap awal awal dengan mama, utk kahwin awal 20-an ni nampak memang tak ada bayang lah. kalau ikotkan wawa nih lagi excited haa nak kahwin awal. tapi bila pikir banyak benda lagi yang wawa belum capai, maka simpan dululah niat tu. and wawa tau mama punya impian nk kahwinkan anak tu pun besar. tapi bukan sampai keterlaluan. mama pun pesan kt wawa, tak payah nk buat besar besar sangat. buat simple tapi menarik. yes ! mama ku sangat memahami anaknyaa. hahaha. janganlah ada niat mcm ni "anak cik minah kau tu kenduri 7 khemah, kau paling kurang 10 khemah nak oi !" hahaha. memang idoklerrr . nope okeyy ! wawa akan buat simple yang boleh tapi menaraik. bajet around 15 000 tapi dah dpt semua. 15 000 tu rasanya dah mahal beno. klu ikotkan nk bawah 10 000 je weyhhh . tp mana nk dpt murahnyaa skrg. katering paling murah pon 8000. itu paling murah cik ani oii. nak lagi murah masak sendiri ler. haaaa, confirm murah. so bajet tu wawa letak 15000 tapi dpt semua. idokler mcm anak si mak cik itu yg wedding anaknyaa cecah 30000 . aje gila wawa rasa sampai 30000 . mcm tak berbaloi okeyy klu wedding harga mcm tu tp buat kt rumah. klu dewan boleh terima. ini kt rumah. mygodd ! rasanyaa mcm kesian ah kt anak dia korek duit . tapi tak tau lah klu dia sekadar nk menunjuk-nunjuk je. dok habaq mai kt oghang kenduri nak cecah 30 000. uishh ! 

jadi, utk mak mak semua, wawa faham mak nak yang terbaik utk anak, tapi jangan terpesong niat itu yer. takot sangat rasanyaa . nauzubillah ! okeyy, so back to my wishlist. wawa nk buat tema rustic vintage. wawa dok survey harga tema ni, so far not bad. daripada wedding card dia until pelamin semua boleh tahan lah harga dia. wedding card tema rustic ni boleh buat sendiri pon sebenarnya. just tempah stamp pad yg berharga RM40, awak awak semua dah boleh cop unlimited okeyy ! selagi stamp pad tu tak rosak, kau cop lah byk mana kau nak. beli je paper yg kulit kayu tu lepastu cop. maps boleh design sendiri from google and printing sendiri. jimat dah kt situ. klu nk tempah pun boleh, utk tema rustic vintage tu harga boleh dapat 80 sen sekeping card. see ! murah ryte ! tak perlu nk sampai 5 ringgit sekeping card. igt kau anak raja ke kak oi ?! tpi kalau mampu silalah. tak ada halangan. hekhekhek . ni contoh card rustic vintage .



*sumber google(ikahwin.com & kadlawo.com)

utk goodies bag pun wawa nak buat style mcm ni jgk. still menggunakan tema kertas kayu ni. alaa, paper bag yg mcm korg beli kayaball tu. haa, mcm tuu je. lepastu ikat dgn reben then cop jgk. simple lg mimple nyaa. harga pon murah. hihihi. dlm paperbag tuh kita boleh lah letak contohnyaa mcm yg trending skrg yaasin. tempah yaasin tu klu 100 buah jilid dpt harga 2.50 satu. 100 cukuplah utk pihak pasangan punya family saja. utk tetamu yang lain just letak gula gula and tasbih. gula gula tu boleh beli yg mcm smarties tu sekali byk byk, then packet kan dlm plastik kecik kecik. ada bajet lebih boleh beli jar kaca. murah je kalau kt nilai 3 tu.around 50 sen sebiji. harga paperbag tuu 1000= RM180 hengget baru weyhh ! ya allah murah aihh. ni contohnyaa :





                                     *sumber google(www.kadlawo.com & www.balleyrina.com)

settle pasal doorgift, now masuk bab pelamin,baju,hantaran. ni benda paling penting 
sekali lah utk wedding. utk baju,pelalamin semua ni biasanyaa ada package kt butik. so,
 kene pandai survey. kene cari yg berpatutan dan cantik. wawa punya angan angan, wawa
 tak nak bersanding. pelamin tu akan ada tp tak berarak and tepung tawar semua tu. 
just utk sesi bergambar je nanti. itupun lepas habis waktu makan tetamu. maka pelamin tu tak 
kan sebesar-besar alam penuh pentas. hahaha. kecik and simple je. baju plak, okeyy klu zaman 
dulu zaman mama kawen,mama kata baju dia ada 6 pasang. di mana ia adalah utk sesi bergambar.
so, bg wawa plak, rasanya tak perlu lah kot.wawa akan tempah 3 pasang baju. baju nikah and 
sanding belah perempuan and lelaki. tempah sekarang pundah tak mahal sangat dah. jangan lah
korang pegi upah designer mcm rizalman tuh plak. haha, dkt insta skrg pon byk dah tailor baju 
pengantin ni. harga pon bawah 1000. kalau sewa mau cecah ribu riban dah. cari material kain yang
tak berat dan sarat. design plak bia bersesuaian dgn tema. make up tu, kalau pandai make up sendiri 
lagi bagus lah. mcm wawa ni xpandai pun sebenarnyaa. hahaha. tapi insyaallah akan belaja lah nnti. 
hantaran plak, pun boleh buat sendiri. mcm dulang dulang semua tuu boleh sewa je. 
klu byk duit boleh lah beli. hantaran maybe dalam 7 dulang je. tak payah byk byk. benda paling 
utama plak, KATERING and VENUE. katering sekarang memang mahal. nk jimat masak sendiri.
tapi penat sikit lah lepastu perlukan ramai crew. benda nih akan difikirkan kemudian. hahaha. 
venue plak wawa rasa mcm nk buatrumah. tp kdg kdg rasa mcm nk buat kt dewan. ehhh , tak tau lahh . 
benda ni pun akan difikirkan lagi 3 ke 4 tahun nnt. haha . the last thing is, PHOTOGRAPHER ! 
photographer sgt penting okeyy sebab dia yg akan merakamkan hari bahagia kita.
and pastikan tak tersalah pilih. pun kene pandai survey. sbb photographer skrg dah ramai. 
ada yg murah,ada yg mahal. bajet bawah 1500
okeyy dah. so, complete ! contoh pelamin ,







so, ni antara contohnyaa. sape yg nk buat baju custom made tu boleh jengah ke ig: @itsnanalahboutique. harga dia boleh runding . pelamin tuh belum survey harga berapa. akan buat survey bila masa dah dekat nnt. hahahaha. actually tema rustic vintage ni lelaki sesuai pakai coat. perempuan pakai dress. huhu. okeyy, so settle dah wishlist wawa. lupa nk numbering kan. dok syok sangat sembang. hahaha. apa apa pun, ini sekadar angan-angan and perancangan. wawa just nk kira budget je dulu berapa yang kene simpan. target 5 tahun lagi nk kahwin. sempatlah nk menyimpan dulu nih. to my future husband, mohon baca my wishlist ni yer. hahaha. this is our impian. i'll keep your promises. i'll keep waiting for you until the day we can be together. Insyaallah . always doa yang baik baik utk kita . okeyylahh . that's all for this story. wait for upcoming story :) 
bye bye ! assalamualaikum .


Comments

Popular Posts