end semester 2

assalamualaikum semua :) alhamdulillah . hari ini ada sedikit kesempatan untuk mengupdate blog kesayangan ni . sekali lagi wawa nak ucapkan alhamdulillah kerana telah berjaya menghabiskan final exam semester 2 . haa , BERJAYA menghabiskan final exam baru . bukan BERJAYA mendapat keputusan cemerlang . hee ! result tak keluar lagi . mybe tengah bulan jun kot . haihh , yg ini tak tau laa berapa dapatnya . tawakal je :(
walauapapun , wawa dah tamatkan semster sesi disember 2013 . pejam celik pejam celik dah nak masuk semester 3 . sekejap sangat .

by the way , entry kali ni, wawa nak cerita life sepanjang semester 2 ni . memandangkan survey di wechat ramai yang minta update ttg life kt ipoh dalam semester 2.okeyy , semester 2 bermula pada disember 2013 sehingga april 2014 . wawa mula tinggal di rumah sewa yang terletak di pekan razaki . jauh sedikit dari kampus . gara-gara tak nak duduk di taman cempaka sebab terlalu crowded and tak ada privacy , so wawa memilih utk menyewa di pekan razaki . alhamdulillah , semuanya okeyy saja tinggal di rumah sewa tu . wawa menyewa bersama 6 orang lagi pelajar poli yang juga merupakan kawan2 semasa tinggal di kamsis dulu .


*najwa
*fiman
*tyra
*myra
*huda
*sue
*pyka

haa , so itulah nama2 housemate kesayangan wawa . sepanjang 5 bulan kami tinggal sebumbung , macam2 dah kami lalui . ibarat satu keluarga dah . selisih faham . susah senang . gelak tawa . menangis . mengilai . hahaha . semua bersama . kalau bab membebel , biasalah , memang wawa lah ratunya . sini sepah , sana sepah , haa , mulalah mak jemah ni membebel . fiman pulak ada mood dye nak rajin . time tengah rajin , satu rumah dia kemas . tyra pulak , jenis yang simple , gila jugak otak dye . tapi little bit malas . hahaha . opss , sorry yayang . bila dye rajin , fuh , semua baju dia , dia kutip masuk mesin basuh . hahaha . okeyy , myra pulak . ermm , no komen laa . lebih kurang je dengan tyra tapi dia ni manja sikit . dengan suara dia yang boleh buat orang lemah bila dye memujuk . huda , haa ! yang ni boleh jadi lelaki dalam rumah kteorg sebab dalam rami2 dia laa yang ganas . tapi , otak dia , lagi giler dari tyra . kalau dah rajin , satu rumah dia mop . sue , hahaha . yang nii kalau mood masak dia datang , dah confirm lagi pasti yang dia akan masak spaghetti bolognese.sedap woiii ! untunglah kami serumah ada chef western . hee ! last sekali pyka . dia ni byk buat hal sendiri . tapi bila dah join kami , gila jugak dia jadinya . makanan dia bila dah malas nak keluar ada maggi kari kembang . hahaha . 

memang macam perangai yang ada dalam rumah ni . penghuni setia rumah tu adalah wawa . disebabkan tuu , wawa rasa macam ibu dah dalam rumah tu . bila bangun pagi , perkara pertama bila wawa turun dari bilik adalah membilang mereka2 ini . cukup ke tidak . diorang suka tidur depan tv . so , bila turun je , dari atas tangga wawa kira. 1,2,3,4,5,6. haa , okeyy cukup . lepas tuu gerak sorang2 . tak nak bangun wawa bukak je lampu . huhu , macam tuh laa hari2 . dah macam satu tabiat pulak . mengira anak2 cukup ke tidak . maklumlaa , anak ramai sangat . hahaha .

peristiwa pahit jugak ada yang terjadi dalam rumah kami . awal2 sem hari tu , kami dikejutkan dengan berita tyra and pyka kemalangan moto . terkejut kami apabila pyka tiba2 masuk ruma then cakap , "kteorang accident . " terhenti semua gerak geri kami yang ada di ruang tamu awak tu . then tyra pulak masuk dengan terjengket2 and seluar koyak . masyaallah , rasa berderau darah wawa tgk diorg berdarah2 macam tu . pyka pulak patah gigi . kelam kabut kami mencari orang mintak hantar ke hospital . alhamdulillah , mereka berdua tak ada pape . cuma luka ringan je . 

kenangan manis pula , sebelum cuti hari tuu , kami ber tujuh buat bbq . kami collect duit then beli 2 ekor ayam , 4 pack hotdog, 1 pack kentang , spaghetti and pencuci mulut cocktail . kami menjemput teman2 rapat . berkelah lah kami di depan rumah . alhamdulillah . makanan cukup2 je semua . tak membazir dan cukup semua dapat makan . tapi sayangnya , fiman tak dapat join sebab ada hal yang xdapat dielakkan di rumah . tapi , jangan risau k fii , kami tak lupa awak . 

begitulah ceritanya , ohhh ! satu lagi . lupa nak cakap , alhamdulillah . rezeki allah bagi , babah hadiahkan wawa sebuah kereta viva berwarna putih utk kegunaan di Ipoh . terima kasih tak terhingga dengan hadiah yang paling besar yang wawa penah dapat . thanks mama and babah . 

insyaallah , semester depan kami akan tinggal bersama lagi . doakan kami aman sejahtera satu rumah :) wawa sayang korang semua walaupun wawa selalu je membebel2 . wawa bebel untuk kebaikan . harap dimaafkan sekiranya terasa hati :) iloveyouall ! 







#fullhouseno6

yang tulus mengingatimu ,
mystorylikeadrama ...

Comments

Popular Posts