Semester 2 ...

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian :)
apa khabar ?? sihat ke ? alhamdulillah , wawa masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik sehingga ke saat ini . ouh yee ! sebelum terlambat , Welcome To SEMESTER 2  wahai pelajar2 sesi JUN 2013 :)
pejam celik , pejam celik dah semester 2 rupanya saya :) cepat betul masa berlalu .
dah masuk sem 2 ni , jadual semakin pack . hari2 kelas habis petang . tambahan pula , wawa diduga dengan ke kelas tanpa kenderaan . cuma berjalan kaki sahaja daripada rumah sewa . ya allah , memang penat . tapi , demi menuntut ilmu kan . tak apa la . biarlah bersusah-susah dahulu , bersenang2 kemudian :) . betul takk ??

bermula dengan semester 2 ni jgk , wawa mula belajar hidup sendiri di rumah sewa . yer , kali ni betul2 sendiri . tiada orang dewasa yang jadi penjaga wawa . cuma wawa dengan kawan2 je yang duduk dalam rumah sewa . masing2 jauh dengan keluarga . jadi , mase ni laa kami akan belajar menguruskan kehidupan . ya allah , biler dah hidup sendiri ni , baru tau betapa susahnya hidup tanpa mak dan ayah . haa , baru rasa macam mane penatnya mama buat keje umah . terasa seolah2 macam seorang ibu yang berkerjaya pon ada jugak sekarang :p (eceh ! berangan tak sudah ) balik kelas pukul 5 , dah terkejar2 nak masak pulak . nak makan malam . lepas tu mengemas rumah . lepas tu basuh kain , lipat kain . haa , memang rasa la sedikit tugas2 seorang ibu tu . nasib baik tak ada Encik Suami lagi . hihihi (menggatal pulak !) ni baru permulaan .
banyak lagi rintangan yang wawa kene tempuh dengan sendirinya tanpa bantuan orang tua .

sebenarnya , kehidupan sendiri ni laa yang banyak menguji kita . wawa tak nafikan , kalau tak ada niman dalam diri kita , macam2 boleh jadi . wawa pernah dengar satu ceramah ni , ustaz tu kata , kalau kita semakin jauh daripada Allah , maka , iman kita semakin hilang . Allah tak akan membantu kita bile kita semakin melupakannNya . mase ni laa kene pandai nak sedar diri . ingat tuhan . solat . kalau dulu kat rumah ada mama and babah yang sentiasa mengingatkan wawa untuk sembahyang , tapi disini , tak ada sesiapa pon yang mengingatkan melainkan diri sendiri . oleh itu , kita sendiri yang kena mengawal diri ni . pengaruh luar amatlah kuat . wawa bergantung harap pada Allah sepenuhnya . moga allah membantu wawa dari gejala2 sosial yang semakin merosakkan anak remaja masa kini .

sesungguhnya wawa takut akan hari akhirnya dunia ini . semakin hari semakin banyak tanda2 yang dunia ini tidak ada masa yang lama lagi . semakin wawa berfikir , semakin berdebar2 jantung ini . betapa banyaknya lagi dosa2 wawa yang masih tak terhapus . wawa tak mahu mati dalam keadaan yang penuh dengan dosa . wawa takot sangat . setiap kali terfikir , mesti rasa sebak . wawa selalu tanya pada diri , dah cukup ke amal ibadat yang aku buat ?? ya allah ! hambamu ini banyak sangat melakukan kesalahan . janganlah kau ambil nyawa aku tanpa aku sempat bertaubat :(

walau apa pun , kita perlulah sentiasa mengingati tuhan yang Maha Esa . Allah SWT . sebelum terlambat , beringat lah . nyawa kita didunia ini cumalah sementara sahaja . yang kekal abadi itu alah syurga dan neraka . dimanakah tempat kita akhirnya nanti :')



salam sayang buat semua ,
najwa syazwani :)

Comments

Popular Posts