FAMILY DAY NSFAMILY

Assalamualaikum semua.

Masyaallah, lama betul tak update. last update masa raya tahun lepas. hihihi. maafkan tuan hamba. terlalu banyak urusan yg perlu diselesaikan. now insyaallah, banyak masa terluang sebab tidak bekerja lagi . tambah2 tgh PKP kan. korg ok ke tuu? heeee! okey! pasal kerja kita akan cerita di next post. hari ni nk update story tentang family day NS FAMILY yg kita buat on Dec 2019 hari tu. 

Tarikh: 27/12/19-29/12/19 (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Julia Homestay,Kuala Linggi, Melaka.

27/12/2019-Jumaat

Kami sekeluarga memulakan perjalanan pada hari Jumaat. Tapi ada cerita lagi disebalik family day ni. Wawa mmg dah awal2 ambik cuti tarikh 30-31 December 2019 sebab nak sambung cuti tahun baru 1/1/2020 tu. tiba2, 26/12/2019,Khamis Han kene demam panas. bkn main tinggi lagi panasnya. 38-39 darjah celcius. 25/12/2019 tu wawa siap berjalan lagi dgn officemate kak fiqa pegi pusing 1utama,The Curves. balik dari tu Han ok lagi. start malam tu dia mula dedar2 dah badan dia. pagi khamis tu terus panas mendadak and dia langsung xaktif. kalau tidak sejenis yg mmg tak reti duduk diam seminit pon. lasak ya amat. tibe tak aktif mmg risau gila. bawak klinik doktor tgk tonsil bengkak sikit. demam mmg panas. balik bagi ubat, lambat betul nk kebah. kebah pun sekejap je lpstu demam balik. Then mummy pon siap2 call walid mintak walid balik khamis malam tu stand by takot tgh malam badan dia makin panas mmg nk ajak ke PPUM je. rupanya betul. mmg panas dia xturun pun tgh malam tu. 39 darjah lagi. kul 4 pagi shoot pegi ER PPUM. mmg dah biasa ke situ klu Han xsihat. nurse terus bagi ubat demam kt situ jgk. ambik darah utk pemeriksaan lanjut. dkt 3 jam menunggu dkr ER. result ok. xde any jangkitan kuman ke. demam biasa. maka doktor bagi antibiotik utk Han makan selama seminggu. alhamdulillah masa balik tu dia dh berpeluh sikit, baru nk bgn. 

Plan asal, Jumaat tu wawa masih bekerja patutnya. dah jadi EL 2 hari. balik dari keje ptg tu nnt wawa shoot terus pegi melaka, ambik walid Han dkt rumah then pegi homestay. Han follow mama babah. tapi dh jadi mcm ni, walid pon siap balik dah maka balik lah sekali semuanya. mmg letih weyhh. kul 4 pagi dh shoot g PPUM. tak tido malam, siang dh travel pegi holiday. huhuhu. wawa xcancelkan holiday sbb bkn senang nk kumpul satu family mcm tu tambahan tak lama lepastu wawa pindah melaka. jadi wawa usahakan jgk pegi join sekali. Ubat2 Han mmg follow makan ikot masa. alhamdulillah sampai tempat holiday dia sihat walafiat. hahaha. sabar je lah. mummy walid plak yg lembik dibuatnya. 

Jumaat malam, alhamdulillah semua dpt berkumpul. kteorg buat makan2 steamboat. bawak siap2 peralatan and makanan. makan ramai2. seronok rasanya. hihi. tapi xteringat nk snap gambar makan. sibuk layan anak je. lepas settle makan2 kteorg pun masuk bilik masing2 tido lah rehatkan badan. penat komeee. 

28/12/2019-Sabtu

The next day, kteorg adik beradik dh siap susun aturcara and plan some games for us. ada 4 games. 

i) Tapak kaki tapak tangan
ii) make-up challenge
iii) kutip kacang guna chosptick
iv) makan biskut

Setiap game ada group and partner. setiap kali lepas game akan ada pemenang nya. hihihi. alah suka2 je. takde hadiah pon. ada kenangan je. nnt wawa share video every game ok. klu cerita and explain panjang2 tak paham plak. 

Then malam tu, kteorg pegi makan ikan bakar dkt Alai. agak jauh, tapi xper lah demi perut. hahahaha. dekat 2 jam perjalanan sebabkan traffic light. elok sejam je dah boleh sampai. 

kteorg makan ikan siakap bakar, udang, sotong, ketam. allahu, sedapnyaa.. nasib tgh PKP lagi, klu tak dh ngajak suami pegi dah malam ni. hahahaha. puas makan dgn adik beradik mama babah. licin semua. tak membazir. balik tambah lagi 2 jam perjalanan. hahaha, lapo balik weyh bila dh sampai homestay.

Nak tgk video tekan link bawah ni tau!

Video Games Family Day


29/12/2019-Ahad

Ok, hari ahad time for check out. Alhamdulillah Han pun makin sihat dah. cuma antibiotik kene keep makan sampai habis selama seminggu. after check out wawa tak terus balik BS. mama babah balik BS terus, kteorg balik rumah melaka dulu. sambung cuti sampai 1hb, tahun baru. 

sampai rumah masing2 kepenatan setelah 3 hari non-stop tak rehat2. masa ni jgk lah wawa nk spent time dgn husband sbb dekat sebulan lebih tak jumpa. huhuhu. Han pun nk main dgn walid dia. 

Alhamdulillah, keseluruhan family day yg dirancang berjalan lancar. 

Semoga ada rezeki dan panjang umur kita utk buat lagi family day. cuma 2020 ni xpasti boleh buat ke tidak dgn COVID19 yg masih belum reda. 

Semoga semua ahli keluarga yg tercinta sentiasa dibawah lindungan Allah, Aminn. 

Sayang semua!
















Comments

Popular Posts