OUR HAN

Assalamualaikum sahabat semua,

Hari ini punya sedikit kelapangan untuk bercerita di ruang kesayangan ni. Too much story.
Lets start with plot by plot. Harap akan setia membaca hingga ke hujung cerita.

Tanggal 10 January 2017, wawa dan suami dikhabarkan dengan berita gembira. Sudah menjadi perkara wajib bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pastinya inginkan cahaya mata. Alhamdulillah, pada tarikh tersebut wawa buat ujian UPT (pregnancy test) setelah lewat period 2 hari. just 2 days. sebab sebelum ni mmg period regular je. So, bila dh lewat sehari, dah rasa lain macam. kononnya nk tunggu seminggu lagi baru nk cek, tapi mcm tak sabar plak. haha. Maka pada malam 9 January 2017 wawa dn suami pun pegi lah membeli test kehamilan tu. Tapi tak delah terus2 test. Esok pagi bangun tido terus test. heeee, and the result is POSITIVE + ! Terang lagi bersuluhnya double line dia. walaupun just lewat 2 hari, tak expect plak line dia akan keluar terang gitu. Ya allah, tuhan je yang tau betapa gembiranya hati kami suami isteri. 5 bulan tunggu. huhuhu.


ni dia pregnancy test nya. huhu

Dan seterusnya, mulalah berjaga2 dalam setiap langkah, pemakanan, semua lah. Seminggu kemudian pegi plak test dkt klinik untuk double confirm and cek dah bape bulan, Alhamdulillah, jawapan nya tetap sama, terang sama jgk. Doktor kata dah 5 minggu. sebulan 1 minggu dah baby kt dalam perut mummy. rasa dia mcm, ya allah, cepatlah 9 bulan. tak sabar nk tunggu anak mummy keluar. nak tgk rupa awak. nak cium awak. dah lama tak dapat cium babay. Our first baby.

balik je rumah terus download apps kt Apple Store, Pregnancy+ . Bagus apps dia, masuk je details pregnancy kita dalam tu, terus keluar weeks ke bape, bila due date semua. every week dia show dkt kita mcm mana perkembangan anak kita. anak kita besar mana. hari2 jgk lah mummy bukak and baca dia punya info pasal baby. We called our baby HAN. sebab mmg dh sepakat dari sebelum kahwin lagi, if kita ada anak, semua anak kita nama mula dgn nama HAN. tak kira boy or girl. depan mesti HAN. setiap hari mummy excited nak tau Han dan besar mana agknya. 



First pregnant OOTD.


   Ni apps yg wawa download. 

Hari2 mummy yang berlalu semuanya mummy buat utk Han. Apa mummy makan, mummy buat semua utk Han. Mummy dengan walid nak yg terbaik utk Han. Week yg 10 mummy pegi bukak buku merah dekat klinik kerajaan. Doktor ambik darah, tapi punya payah lah nk keluar darah. urat tak jumpa. dh cucuk, darah tek keluar. sakit hoi. 4 jarum wawa kene. sampai lebam2 tgn. lepastu masuk scan plak. ya allah, tak sabarnya mummy nk tgk awak kat dalam. first scan. scan2, menghampakan. doktor kata size Han tak mcm 10 weeks. ah hati allah, risau dah hati ni. tapi doktor kata maybe perkembangan baby lambat. xper jgn risau. normal mcm tu. fuhh, lega hatri mummy dgr. tak pelah kalau awak besar lambat sikit pon. janji awak sihat. 


Ni lah Han kat dalam perut mummy

Balik je rumah, mummy tgk je gambar scan tu, rasa tak sabar nk tunggu scan lagi 2 minggu. doktor kata dtg lagi 2 minggu nk tgk balik condition awak macam mana. tapi, malam tu mummy kene asthma. susah nk tido sbb sesak nafas. dh ambik inhaler pun still rasa xlega. esoknya mummy MC. pegi klinik kene ambik nebulizer and doktor tukarkan inhaler. Ya allah, mummy langsung xrisaukan diri sendiri, just fikirkan Han je kat dalam mcm mana. Han dapat ke oxigen yg secukupnya. balik je rumah mummy rehat, tak buat apa pun. esoknya, hari sabtu. lepas mandi, ada brown spotting. Allah, berderau dah darah. Tak fikir lain, fikir Han jgk. risaunya lah. seharian tu brown spotting keluar. keesokkannya, tak ada dah. alhamdulillah. lega. mummy ada baca, klu ada brown spotting sikit2 tu normal. so, harapnya normal lah. tapi esoknya keluar lagi. dengan asthma plak lagi sekali. dah siap dah ni pagi2 nk g keje, dh otw pon tetiba dlm kete dah sesak nafas. nasib baik walid awak yg drive. tak jadi pegi office, terus g hospital. otw pegi hospital tu, mummy dh tak tahan sgt, mummy ambik inhaler. so, release sikit. mummy tetap g hospital sbb risaukan Han kt dalam. tapi doktor kata mummy xder pape. hmm, langsung xcek awak macam mana. ok lah, mummy balik rehat kt rumah. ptg tu keluar balik brown spotting. tapi sikit2. tetiba malam tu, dalam kul 10 lebih keluar darah sikit. ya allah, risaunyaaaa :( pegi klinik, doktor buat surat refer hospital. pegi hospital malam tu jgk, 4 jam menunggu, doktor scan, doktor kata "erm, ni possible miscarriage dah ni." booommmm !! rasa mm guruh keluar. ya allah, apa doktor ckp ni. tapi doktor tak explain terang2. mummy jd confuse Han mcm mana kt dalam tu. doktor just kata esok pegi bahagian O & G buat appointment 2 minggu lagi. What ?! 2 minggu lagi ? lama ok. xperlah mummy sabar. mummy positive thinking awak masih kuat kt dalam tu. hari rabu mummy pegi keje. Bleeding still keluar. dan mummy risau semakin risau. hari khamis ptg dh keluar darah makin byk. hmm, mood down dah. rasa sakit2 perut. mcm ni nk tunggu 2 minggu lagi. mummy xboleh sabar dah, mummy pegi refer pakar swasta. 

sampai je klinik swasta, tunggu dalam 1 jam lebih, mummy masuk jumpa doktor. explain kt doktor apa masalah Han and mummy. doktor pun buat scan. waktu ni mummy dah redha.if awak betul dah xder, mummy terima walaupun sedih. doktor kata awak mmg dah xder. awak xdpt membesar dgn sempurna. Han perlu dikeluarkan. ya allah, dugaan allah bagi kt mummy and walid awak. mummy redha Han. Mummy decide nk cuci awak keluar hari sabtu. so, mummy kene prepare mental and fizikal.


Scan yg terakhir


 Tapi, jumaat ptg mummy dh rasa sakit. mungkin Han mula turun nk keluar dgn sendiri. sakitnya ya tuhan. mcm ni rupanya sakit bersalin. walaupun Han belum cukup sifatnya, tapi terasa sakit seakan nk melahirkan bayi yg sempurna sifatnya. darah dh keluar banyak. ptg tu babah xder, walid awak pun xder Han. semua keje xbalik lagi. ada mama dgn rifqi je. mintak tolong jiran hantakan pegi hospital. Sampai hospital terus masuk kecemasan, nurse bg ubat tahan sakit. ok, mummy dh boleh bertenang dah. kalau tak dari td duk menggenggam tangan mama sekuat hati, sampai tangan mama yg sakit. huhuhu. dah tak fikir apa dah, fikir nk keluarkan Han je. sbb dh sakit sgt. pukul 8 mcm tu, walid Han pun sampai hospital. terus nangis. huhuhu. sapa xsedih, anak yg kita tunggu2 dah xder. kita nk keluarkan anak yg dh xder. oh, sungguh emosi mummy xstabil masa ni. 

pukul 11.20 malam mummy ditolak masuk Operation Theater. Doktor bius, terus pengsan. sedar2 dh dalam wad, and.. Han dah pun keluar dari perut mummy :(

Runtuhnya hati. mummy tgk Han dalam botol spesimen. yer Han mmg tak bentuk sempurna, tapi mummy dh nampak Han punya brain dh mula developed. sayangnya, Han xmampu developed utk next step. Petang tu mummy dah boleh keluar wad and balik rumah. Walid awak cuci awak, balut awak and tanam awak dkt depan rumah mama. mummy xsanggup nk tgk awak lagi. Mummy redha Han. 


Walid tanam Han kt sini.

Dear Han,

Mummy dgn Walid redha atas pemergian awak. Ini yang terbaik utk Han. Maafkan mummy sebab xdapat jaga awak dgn baik. Mungkin mummy terlalu excited akan kehadiran awak. Allah tarik semula nikmat bahagia tu. Allah duga mummy and walid awak. Han tunggu mummy and walid yer kt atas sana. Terima Kasih Han. Mummy and Walid Love You So Much. 


Yang benar,
Mummy Han


#next year mummy cuba lagi bagi adik plak utk Han. =)



Comments

  1. Stay strong wa..mglir air mata baca..jgn isau ank kau tgu dekt syurga..n in shaa Allah ad rezeki lain nanti..

    ReplyDelete

Post a Comment

nak komen? silalah :)

Popular Posts