Babahku Kekasihku hingga ke syurga

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar. Pudar
Dia tak mau bilang apa yang
Mencengkam jiwa usangnya
“Biar”. Katanya “biar”
Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau
Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum. Senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
“Biar”. Katanya “biar”
Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali;
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi
Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?
Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti
Ayahanda beta
Kekasih beta

Assalamualaikum sahabat semua :) 
dah baca lirik kat atas ni . erm . itu adalah lirik lagu Fynn Jamal , Biar .
wawa menitis air mata bila dengar lagu ni . deep sangat . wawa rasa semua anak akan tersentuh hatinya bile membaca petikan lirik ini . sebab wawa yakin semua penah lakukan perkara yang sama selagi dia pernah bergelar seorang remaja . coretan kali ini khas utk ayahanda tercinta , BABAH . rasanya mystorylikeadrama belum pernah bercerita tentang seorang yang dah bawa wawa lahir kedunia ini . tanpa beliau , wawa tak wujud . 

Babah ,
seorang insan yang sukar dibaca fikirannya . sukar diramal apa yang bermain dihatinya . sukar ditentukan apa yang bakal dia lakukan . sebab babah wawa seorang yang berhati-hati dan teliti dalam melakukan sesuatu . dialah hero wawa . dialah penyelamat wawa . dialah pendengar wawa . wawa rasa bertuah kerana dikurniakan seorang bapa yang sangat memahami perasaan wawa . setiap kali wawa dilanda masalah , dia sering dapat baca apa yang wawa lalui sedangkan wawa tak bercerita pun .babah akan bertanya pada wawa dengan nada yang paling lembut . dia tak pernah tanya wawa dengan nada marah walaupun apa yang wawa dah buat tu selayaknya utk dimarahi . babah sentiasa memberi wawa kata2 semangat dan nasihat yang buatkan wawa rasa tersentuh sangat . waktu bergaduh dengan mama , babah tanya wawa dgn lembut sekali . dia bertanya mengapa wawa lakukan sebegitu , dia menasihati lagi agar lembutkn hati ini . jangan mudah melatah dalam segala masalh . be a strong girl . kuatkan hati . kuatkan iman . dalam soal agama , babah langsung tak tertinggal satu pun dalam mendidik wawa . solat , puasa , menghormati , menjaga aurat , menjaga adab . segalanya . tak pernah tertinggal satu pun . tapi wawa ? sering meninggalkan segala yang dinasihatinya . ya allah , teruknya anak seperti wawa . 

Babah,
Ampunkan segala kesilapan wa . segala kedegilan wa . segala kekasaran wa . segala kata2 wa yang sering menyinggung hati kecilmu tanpa wa sedari . ampunkan wa kerana jika wa tak mampu buat babah tersenyum bahagia . ampunkan wa kerana sering mengabaikan segala tunjuk ajarmu . ampunkan wa kerana sering menyusahkanmu baik ketika berada didepan mata mahupun berjauhan . ampunkan wa juga kerana tak mampu mengubati luka dihatimu . walaupun babah tak meluahkan apa yang bermain dihati , tapi wa seakan dapat membacanya dari mata dan air muka babah . ampunkan wa ats segalanya babah . 

Anakmu ini semakin hari semakin dewasa . semakin banyak juga masalah yang ditimbulkan . suatu hari nanti juga babah pasti akan melepaskan wa dari tanggungjawab bila wa dah punya seorang suami . namun , wa janji , tak akan pernah lupa walau sedikit pun jasamu dalam membesarkan anakmu ini . perit jerihmu mencari rezeki buatku dan adik2 , tak akan ada yang bisa dibalas setanding dengan budimu . budimu menjagaku ketika sakit , peritmu ketika melalui saat2 getir kehilangan seorang anak lelaki tunggal . tak akan ada yang bisa dibalas dengan semua yang ada dibumi ini . wa cuma mampu berdoa agar babah sentiasa diberi ketenangan dan sentiasa dipermudahkan urusanmu dalam mencari rezeki . diampunkan dosa2 mu, diberi kekuatan dalam menempuh segala ujian . amin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)




salam rindu , 
anakmu ,
NAJWA SYAZWANI NASARUDIN

Comments

Popular Posts