redha allah , takdir allah , ketentuan allah ...

assalamualaikum semua :) gadis pink biru nak berceloteh lagi hari ini . keje dia memang membebel je . pagi petang siang malam . tido je dia senyap . hehe . kalau dah ada suami nanti , tak tahu lah suami dia dapat tahan ke tak dengar dia membebel . hee !
okeyylahh , kita sambung bercerita lagi .
hari ini rasa nak bercerita tentang redha , takdir dan ketentuan ALLAH .

wawa bukanlah orang yang hebar sangat tentang soal agama . bukanlah seperti seorang ustazah yang mampu berdakwah . wawa cuma seorang gadis biasa yang masih mencari ilmu dunia dan akhirat .
semakin wawa dewasa , semakin wawa banyak berfikir . hidup kita ni , segalanya kerana allah . kita selalu meminta-minta pada allah . tetapi , pernah tak kita cerminkan diri kita ? pernahkah kita lengkapkan segala kewajipan kita pada allah ? samalah juga seperti kita sentiasa meminta-minta kepada kedua ibu bapa kita . mama, nak iphone , babah, nak kereta , mama, nak baju , babah, nak kasut . see , itu semua permintaan kita pada mak ayah kita . tapi , pernah tak kita bagi pada mak ayah kita apa yang kita nak ?? 2 permintaan mak ayah , satu pon belum tentu kita mampu bagi ryte ?

wawa terfikir , wawa sentiasa berdoa pada allah agar wawa dikurniakan kebahagiaan . moga semuanya baik2 sahaja . tapi, dah lengkap ke segala tanggungjawab wawa pada tuhan yang maha esa ? jawapannya tak . iman wawa sendiri belum kuat . masih banyak yang perlu diperbaiki diri ini . terhadap kedua ibu bapa wawa . wawa sering juga meminta itu ini daripada mereka . tapi wawa tak pernah bagi apa yang mereka nak . pun begitu , mama and babah tetap berusaha nak memenuhi permintaan wawa .

ya allah , sungguh banyak lagi kelemahan  diri ini  yang wawa perlu perbaiki . kita cuma insan yang mampu merancang segakanya di atasa muka bumi ini . tetapi , segalanya ketentuan Allah . kita cuma mampu berusaha , Allah yang tentu . usaha kita juga perlulah mendapatkan redha Allah , bila Allah redha dengan kita , maka segalanya akan diberkati . takdir juga Allah yang tentukan . janganlah mempertikaikan takdir yang Allah dah tentukan buat kita . terimalah dengan hati terbuka :)

cukuplah sampai sini sahaja gadis pink biru ini berceloteh . ada masa dia akan membebel lagi . moga apa yang dibebelkan ini dapat beri pengajaran buat semua pembaca yang tersayang :)

Comments

Popular Posts